Hari ini merupakan
hari untuk mengundi bagi pelajar di Univesrsiti Pendidikan Sultan Idris. Aku
juga tidak melepaskan peluang untuk turut melaksanakan tanggungjawabku sebagai
pelajar di sini. Tempat mengundi kali ini adalah di perkarangan tempat letak
kereta bangunan E-Learning. Berbeza dengan sidang yang lalu, tempat mengundi
adalah di dalam makmal komputer. Semasa aku berjalan menuju ke kawasan
mangundi, aku terpandang seorang gadis berbaju kurung biru yang sedang bercakap
dengan seorang pensyarah di tengah jalan. Mereka sepertinya berjumpa secara
tidak sengaja dan kemungkinan persoalan telah tercetus di minda pelajar
tersebut sewaktu melihat pensyarah tersebut lalu terus bertanya kepada beliau. Mendengar
perbualan ringkas mereka, terdetik untuk aku perhatikan bahasa yang mereka
gunakan untuk dimuatkan di dalam blog ini.
Pelajar : Salam
Prof. Boleh saya tahu kelas untuk esok masih akan dibuat di tempat biasa ke?
Pensyarah : Walaikumussalam. Kenapa? Awak dah jumpa tempat baru yang orang tak guna?
Pelajar : Setakat ni belum la Prof.
Pensyarah : Okay. Macam tu kita hold dulu untuk tukar kelas ye. Kita on yang biasa dulu.
Pelajar : Okay
Prof thank you.
Mereka terus mematikan bualan dan
masing-masing meneruskan perjalanan ke haluan masing-masing. Dalam percakapan
yang saya sempat dengar berikut, berlaku percampuran kod dalam bahasa yang
digunakan. Perkataan hold yang katakan oleh pensyarah
tersebut merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud pegang atau tahan. Namun, dalam ungkapan pensyarah ini, perkataan hold yang dimaksudkannya membawa erti tangguh dahulu ataupun ketepikan dahulu. Selain itu, perkataan
on yang hadir dalam perbualan tersebut
juga turut merupakan istilah bahasa Inggeris yang membawa maksud sedang berlangsung untuk konteks ayat
ini. Berpadanan dengan maksud yang ingin disampaikan oleh pensyarah tersebut,
perkataan on diertikan sebagai jalankan. Berikut merupakan ungakapan
bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan dalam perbualan tersebut.
Pelajar : Salam
Prof. Boleh saya tahu adakah kelas untuk esok masih dijalankan di tempat biasa?
Pensyarah : Walaikumussalam. Kenapa? Adakah awak sudah jumpa tempat baru yang tiada orang
guna?
Pelajar : Setakat ni belum lagi Prof.
Pensyarah : Baiklah. Kalau begitu kita tangguh dulu untuk tukar kelas ya. Kita
jalankan
seperti
biasa dulu.
Pelajar : Baiklah Prof , terima
kasih.