Salam.
Hari ini ketika aku sedang menunggu bas, tiba-tiba aku ternampak seorang kelibat pemandu bas yang membuatkan aku mengimbau kenanganku semasa di tahun satu dahulu. Pada hari itu aku bersama kawan baikku manaiki bas untuk ke stesen keretan api untuk menempah tiket pulang ke kampung. Pada mulanya kami ingin menaiki teksi sahaja, namun fikira kami berubah apabila terlihat bas yang bertanda 'KTM, Pejabat Pos, & Damaina'. Kami terus mendapatkan bas tersebut dan bertanya kepada pemandu tersebut.
Aku : Assalamualaikum. Pakc cik, boleh tumpang tanya, bas ni pergi KTM kan?
Pemandu : Apa pak cik pak cik? Jawabnya sambil menjelingku tajam.
Aku : Okaylah. Sorry ye. Encik, bas ni pergi KTM ke? Perkataan encik itu aku tekankan sedikit.
Pemandu : Haah.
Kami pun terus naik tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba pak cik tersebut bersuara.
Pemandu : Korang ni nama ja nak jadi cikgu, tapi tak reti bahasa. Panggil orang pak cik pakcik. Ingat jual sayur ke. Orang kalau bekerja, semua tu korang kena panggil encik tau. Semua dapat gaji. Bekerja , bukan saja-saja nak bawa bas bagi korang tumpang.
setelah aku mendengar kata-katanya yang agak kuat dan bernada tinggi itu, aku semakin panas. Nasib naiklah dalam bas itu hanya kami berdua sahaja. Aku berdiam dan hanya mengangguk kata-katanya walaupun darahku sudah meluap-luap ketika itu.
Pemandu : Cikgu-cikgu yang macam korang ni lah yang akan rosakkan bangsa nanti ! Belajar ja tinggi, tetapi akal cetek. Tak reti nak hormat orang tua.
Aku : Maaf Encik! Saya tak kisah encik nak marah saya sebab saya terpanggil encik pak cik. Selama ni semua pemandu bas bahasakan diri mereka pak cik ja dengan kami semua. Tapi pak cik tak eloklah tegur saya kasar-kasar macam ni. Pak cik pun harus tunjuk teladan kepada saya macam mana nak hormat orang.
Aku tahu aku agak kasar. Tetapi pada aku dengan ayat itu sahaja berkesan untuk aku menyedarkan pak cik tersebut bahawa dia sebenarya juga bersifat kurang ajar denganku dengan menghina aku.
Aku : Cikgu pun manusia juga encik. Ada salah silapnya. Ada buruk baiknya. Kita sesama manusia ni lah kena saling menegur untuk kebaikan. Tambah-tambah Encik lebih tu daripada saya. Enciklah kena didik anak-anak muda untuk beradab dengan baik dengan orag tua-tua. Kalau encik cakap kasar dan hina saya macam ni, bukannya mengundang saya lebih beradab pun, jadi lebih kurang ajar ada la.
Aku sememangnya geram dengan kata-kata pak cik itu yang memarahi aku tanpa mempedulikan perasaanku. Perkataan 'encik' itu aku tekankan kuat-kuat supaya dia jelas mendengarnya. Pak cik tersebut tidak puas hati. Tetapi dia hanya diam. Bas masih tidak bergerak. Akhirnya aku turun sambil mengucapkan 'terima kasih encik' dengan kuat supaya dia mendengar. Aku dan sahabatku menaiki teksi ke KTM.
Padaku, memanglah mungkin salahku kerana tersilap memanggilnya pak cik. Tetapi itu bukan alasan untuk dia memarahi aku seperti orang gila. Budi bahasa juga penting untuk menegur seseorang. Bagaimanakah anak-anak muda akan terdidik jika orang tua zaman semuanya menegur anak-anak muda dengan cara sebegitu?