Monday, 5 November 2012

Kata-kata Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita yang baru saya terbaca tadi. Cerita ini mengisahkan tentang Imam Al-Ghazali dengan anak-anak muridnya. Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ;

" Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
"Orang tua" 
"Guru"
"Teman"
 Jawab anak-anak  muridnya.

  Kemudiannya Imam Al-Ghazali berkata ;

" Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati, seperti yang difirmankan Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 185."

Tahukah kita, bahawa sejauh mana kita melangkah, setinggi mana pangkat kita dan di mana pun kita berada, mati itu sentiasa berada disekeliling kita, hanya menunggu isyarat daripada Allah untuk menjemput kita pulang ke tempat asal kita. Sebab itulah kita dituntut untuk tidak membuang masa melakukan perkara sia-sia dalam kehidupan dan memperbanyakkan amal ibadat sebagai persediaan menghadapi mati. 

Melalui cerita ini juga, saya teringat akan kata-kata Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said ;

" Mengapa saya masih di sini memperjuangkan bahasa  dan budaya kita, sedangkan saya sudah cukup tua untuk berada di atas sejadah sahaja? Kerana saya sedar masa saya akan sampai pada bila-bila sahaja dan saya tidak mahu terlepas untuk terus memperjuangkan sehingga perjuangan saya akan disambung oleh orang lain pula."

Beliau masih ingin berbakti kerana beliau tahu kebenaran hak bahasa ibunda dan budaya Melayu untuk dimartabatkan. Oleh itu beliau tidak mahu hidupnya sia-sia dan terus melaungkan hak tersebut agar hidupnya berjasa dan perginya nanti bermaruah. Ini merupakan satu pengajaran dan teladan yang harus dicontohi oleh generasi muda.