Tuesday, 6 November 2012

Terperdaya atau tepedaya?

Hari ini aku menjumpai satu perkataan aneh dalam majalah. Perkataan ini membuatkan aku terfikir malah berasa sangsi pula sama ada betul atau pun salah ejaannya. Oleh itu aku segera mencari kebenarannya sebaik aku pulang ke rumah.

Perkataan terpedaya jika dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 321, berasal daripada kata dasar 'daya' yang bermaksud kekuatan, tenaga, keupayaan dan kemampuan. Maksud kedua perkataan daya ialah akal,ikhtiar, jalan (untuk sesuatu). Perkataan 'daya' juga membawa maksud muslihat atau tipu.

Berikut mrupakan maksud perkataan 'daya' yang berlainan bentuk seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ;

* daya 1 :            kekuatan, tenaga,kemampuan (contoh : daya pengeluaran)
* daya 2 :            Akal, ikhtiar, jalan (contoh : hendak seribu daya)
* daya 3 :            muslihat, tipu (contoh : tipu daya )
* memperdayai :  Menipu
* mendayai :        menipu mempengaruhi
* terdaya :           termampu
* terperdaya :      terkena tipu daya
* kedayaan :        kebolehan membuat sesuatu

Sebenarnya, perkataan 'terpedaya' adalah tidak wujud dalam helaian muka surat kamus rujukan tersebut. Perkataan  yang ada ialah 'terperdaya' iaitu kata dasar 'daya' digunakan bersama dengan imbuhan 'ter-' dan juga 'per-'.