Thursday, 8 November 2012

Peribahasa - Harapkan pagar, pagar makan padi.

Assalamualaikum rakan-rakan.

Hari ini sekali lagi kita belajar pasal peribahasa. Tentu anda sudah selalu sangat mendengar peribahasa ini :

"Harapkan pagar, pagar makan padi"

Saya mendengar peribahasa ini sejak berada di sekolah rendah lagi. Walaupun agak pelik mendengarnya, namun saya tidak pernah mempunyai inisiatif untuk bertanya kepada guru saya. Pagar makan padi? Pagar itu bukankah benda yang tidak hidup? Mengapa dikatakan makan padi pula. Mungkin hanya digunakan untuk peribahasa yang melambangkan pagar yang sepatutnya mengawasi orang masuk ke kawasan padi itu, telah merosakkan padi tersebut. Itulah kata-kata yang berjaya mempositifkan minda saya setiap kali saya tertanya-tanya tentang peibahasa ini. 

Rupa-rupanya, setelah sekian lama saya membelek buku peribahasa lama koleksi ibu, saya menjumpai peribahasa tersebut dalam tulisan jawi. Buku itu cuba menjelaskan bahawa 'pagar' yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah perkataan 'pegar' iaitu sejenis burung yang dibela untuk menjaga dan menghalau unggas yang merosakkan hasil tanaman tersebut. Perkataan Jawi yang dirumikan itu menerima pemurnian dan generasi baru membacanya sebagai 'pagar', bukan lagi 'pegar'. Barulah saya faham mengapa pagar boleh makan padi! :D 


Inilah burung pegar. Burung ini akan menghalau haiwan perosak yang mengganggu tanaman di kawasannya seperti tikus, burung kecil, balalang dan lain-lain.