Hari ini saya ingin membuat perkongsian tentang bahasa rojak. Bahasa rojak sangat gemar digunakan oleh semua golongan terutamanya pelajar. Bahasa rojak ini dicampur penggunaan bahasa Melayu, dan juga bahasa Inggeris. Terdapat juga yang menyampurkan unsur bahasa lain seperti bahasa Tamil dan Arab. Mereka yang menggunakan bahasa rojak mungkin menganggap cara ini lebih senang utuk diujarkan dan mungkin juga maksudnya dikatakan lebih cepat sampai kepada pendengarnya. Namun, bahasa rojak ini tetap memberi kesan kepada bahasa ibunda kita kerana pelajar menjadi tidak mahir untuk membina ayat yang baik dan lengkap.
Bahasa rojak bukan sahaja mempengaruhi pelajar malah guru jugak turut terkena wabak ini. Apabila guru sendiri yang mengiktiraf bahasa rojak ini digunakan di sekolah, maka tiada alasanlah untuk pelajar terus-terusan memartabatkan bahasa rojak lebih daripada bahasa ibunda sendiri. Betul tak? Tepuk dada, tanya selera.
Mereka yang bekerja juga gagal membiasakan diri mereka dengan bahasa yang betul menyebabkan kualiti perkhidmatan mereka turut diragui dalam menjaga bahasa ibunda sendiri.
Selain itu, pandangan masyarakat Melayu itu sendiri terhadap bahasa ibunda turut memainkan peranan. Kebanyakan mereka tidak yakin dengan kebolehan bahasa Melayu dan masih menganggap bahasa Inggeris lebih maju dan sesuai digunakan dalam era moden ini.
Oleh itu, pada pendapat saya, wabak bahasa rojak ini sangat susah untuk diselamatkan. Kita mungkin akan kehilangan bahasa ibunda dan tidak mustahil juga bahasa kebangsaan akan digantikan dengan bahasa Inggeris suatu hari nanti. Kitalah yang memainkan peranan untuk terus memastikan bahasa ibunda kita terpelihara dan terus dimartabatkan baik daripada peringkat pelajar, sewaktu di alam pekerjaan dan juga dalam organisasi keluarga. Jika bukan kita yang mendukung bahasa kita sendiri, siapa lagi?