Salam
Hari ini dalam Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu yang dibuat
sempena sambutan bulan bahasa kebangsaan, terdapat seorang pensyarah luar yang
tampil memberikan pandangan setalah selesai sise perbentangan. Beliau mewakili Universiti Nanyang, Singapura
telah menggunakan perkataan "ibu-ibu'' dan ''bapak-bapak'' bagi menyatakan
''tuan-tuan'' dan ''puan-puan''. Perkataan yang digunakan sama seperti bahasa
Indonesia. Jadi memang sahlah bahasa Melayu itu merujuk bahasa gabungan negara
Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura yang dipanggil negara serantau. Bukan sahaja tertumpu kepada bahasa yang digunakan di Malaysia. Semuanya menggunakan bahasa Melayu cuma disebabkan jarak yang jauh terpisah
antara negara-negara ini menyebabkan wujud bahasa yang dipengaruhi dialek dan
akhirnya membentuk bahasa Melayu Malaysia, bahasa Melayu Indonesia, bahasa
Melayu Brunei dan juga lain-lain lagi.