Tuesday, 2 October 2012

kehebatan otak


Hari ini jadual aku begitu padat sehinggakan aku berasa sangat letih apabila pulang ke rumah. Sungguh nikmat rasanya dapat berbaring di atas katilku. Aku dan temanku berbual kosong sambil mengeluh keletihan. Kami berbual dalam dialek utara memandangkan kami berdua berasal dari Kedah.  Tiba-tiba aku terdengar bunyi telefon bimbitku berbunyi. Aku segera bangun lantas mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja. Tertera nama Puan Su. Puan Su merupakan Ketua Pegawai Pentadbiran di kolej yang aku huni. Secara automatiknya percakapanku berubah daripada bahasa dialek negeri kepada bahasa standard. Tiada langsung perkataan dialek negeri yang dikeluarkan oleh mulutku. Aku berbicara dengan formal sekali dengan Puan Su untuk menyelesaikan satu masalah tentang program di kolej.
Selepas aku menamatkan perbualan, aku bersandar lalu berfikir sejenak. Temanku menyapa aku ;

Awatnya hang ni?
Takdak pa aih.

Aku terus berfikir. Sungguh hebat otak yang tuhan ciptakan kepada manusia. Otak mampu mengingat pelbagai perkara termasuklah  peka dengan bahasa yang akan dihasilkan. Apabila terpandang sahaja nama Puan Su, otak aku mungkin telah memproses maklumat.

Pejabat (Puan Su)  =  kakitangan pejabat =  waktu pejabat  =  urusan pejabat   = bahasa formal

Begitu hebatkan otak kiri kita? Penggunaan bahasa yang betul sangat penting untuk menentukan tinggi rendahnya taraf akademik kita.