Tuesday, 9 October 2012

bin atau Bin?


Tahukah anda? Hampir 80 peratus pelajar tidak mengetahui bahawa bin dan juga binti perlu dieja dengan huruf kecil. Kesalahan ini bukan sahaja dilakukan dalam kalangan pelajar malah dalam surat-surat rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat sama ada di kolej kediaman atau pun fakulti.



Sebenarnya, perkataan bin dan binti perlu dieja dengan huruf kecil kerana bin dan binti bukanlah nama khas atau nama orang. Begitu juga dengan rujukan untuk individu yang bukan Islam, perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) juga perlu ditulis dalam huruf kecil.