Hari ini sedang
aku membelek-belek majalah sambil menunggu pesanan makanan di sebuah restoran,
aku terjumpa pelbagai kesalahan ejaan dalam halaman-halamannya. Antara kesalahan yang aku masih ingat adalah seperti berikut :
Losyen =
sepatutnya losen
Kerinting =
sepatutnya keriting
Kolestrol =
sepatutnya kolesterol
Kota Bahru =
Kota Bharu
Mee = sepatutnya
mi
Aku menyalin
perkataan-perkataan yang aku rasakan salah ejaannya ini. Apabila pulang aku
segera menyemak beberapa buku untuk mengesahkan lagi kesalahan ejaannya.
Senarai ejaan yang sepatutnya dieja di atas adalah hasil bacaan buku Pedoman
Bahasa Melayu, Koleksi Lembar Bahasa keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.