Assalamualaikum.
Hari ini ketika aku melalui jalan belakang ke Tadahan Utara, aku terlihat satu papan tanda yang diletakkan di belakang sudut bangunan E-learning. Papan tanda tersebut mempunyai kesalahan bahasa iaitu kesalahan jarak 'di-' yang sepatutnya didekatkan kerana perkataan 'larang' merupakan kata kerja. Menurut Dewan Bahasa, di- jika digabungkan dengan nama tempat, haruslah dijarakkan. Manakala jika digabungkan dengan kata selain nama tempat seperti kata nama, kata kerja atau kata adjektif, perlulah didekatkan. Contohnya adalah seperti di bawah :
di bawah
di hadapan
di Tanjong Malim
di samping
di sana
disimpan
dimasak
difikirkan
dibawa