Tuesday, 9 October 2012

Kesalahan Penulis Cerpen


Kelas Keterampilan Penulis hari ini kami disajikan dengan bacaan sebuah cerpan pelajar yang telah dimuatkan dalam majalah. Pensyarah kami meminta kami menghayati dan melihat contoh garapan idea penulis. Ketika rakanku membaca cerpen tersebut, aku memang agak berminat tambah-tambah lagi melihat susunan ceritanya yang rapi dan tersusun. Namun aku agak terganggu dengan beberapa kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh penulis. Kami beramai-ramai membetulkan kesalahan itu sebaik sahaja kami mengesan sesuatu kesalahan dalam bacaan cerpen tersebut.
...dari ibu dan ayah... = daripada ibu dan ayah
...demi untuk keluarga = demi keluarga
...ketiga-tiga adik-adikku= ketiga-tiga adikku