Hari ini dalam
kelas Puisi Melayu suasana sungguh riuh-rendah dengan gelagat para pelajar yang
segan silu melagukan nazam kerana terlalu malu dan tidak biasa. Nazam marupakan
satu medium penyampaian mesej, cerita atau pesanan malalui alunannya sejak
zaman dahulu. Nazam merupakan puisi tradisional yang jarang sekali
diperdengarkan kepada golongan masyarakat. Oleh itu sepatutnya nazam ini
diperkenalkan kepada lapisan muda melalui malis-majlis yang bersifat
tradisional seperti khatam Quran, kenduri kahwin, majlis pertunangan dan
sebagainya sebagai usaha untuk menghidupkan kembali seni bernazam.